بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Sunday, December 6, 2009

Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun


KUALA LUMPUR: Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sejajar dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran. "Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan ke atas perkara ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang rokok mulai 1 Jun 2010," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata keputusan itu telah dipersetujui oleh semua syarikat rokok dan kerajaan berterima kasih di atas sokongan dan kerjasama syarikat terbabit.
"Larangan pengilangan dan penjualan rokok paket rokok yang mengandungi kurang dari 20 batang sebenarnya telahpun diwartakan pada 23 September 2004 melalui peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. "Bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan tersebut telah ditangguhkan selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok," katanya. Liow berkata, sehubungan penguatkuasaan itu, sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun.
Katanya, larangan itu juga selaras dengan saranan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Larangan penjualan paket rokok bungkusan kecil ini adalah bertujuan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan golongan kanak-kanak dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok yang tidak sihat dan merugikan," katanya. - Bernama

(sumber Dari Berita Harian)




KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang peningkatan golongan perokok terutamanya remaja.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan tersebut turut dipersetujui pejabat Peguam Negara dan telah diwartakan untuk dilaksanakan awal tahun depan.
“Kerajaan perlu menetapkan harga minimum rokok bagi menyukarkan perokok terutamanya remaja daripada mendapatkan bahan itu. Selain itu ia juga bertujuan mengawal lambakan rokok-rokok murah yang mungkin memasuki negara ini selepas Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dikuat kuasakan pada Januari tahun depan…
“Kementerian telah menghantar cadangan melaksanakan peraturan harga minimum tersebut kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk pertimbangan dan pihak AG telah bersetuju untuk mewartakan cadangan tersebut dengan penguatkuasaannya akan bermula awal Januari tahun depan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Rabu.
Harga minimum bagi 20 batang rokok yang dicadangkan ialah RM6.20 sekotak.
Liow berkata dengan jumlah tiga juta perokok atau kira-kira 11 peratus daripada jumlah penduduk negara ini, adalah cukup penting untuk harga minimum ini dikuatkuasakan.
Beliau berkata dengan penguat kuasaan ini, kementerian berharap dapat mengurangkan jumlah perokok selain mengawal kemasukan rokok-rokok seludup yang dipercayai mempunyai kadar toksid yang lebih tinggi daripada rokok yang dibenarkan. “Umum telah tahu kesan daripada merokok, di mana asap rokok itu sendiri mempunyai lebih daripada 4,000 bahan toksik yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit paru-paru dan jantung.
“Jadi usaha kerajaan ke arah pengawalan tabiat merokok adalah dengan memastikan rokok susah untuk didapati di pasaran,”katanya.
Liow berkata, walaupun kerajaan sedar kesan daripada merokok, tetapi kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyekat atau menghapuskan terus penjualan rokok di negara ini. “Dengan jumlah tiga juta perokok yang ada, adalah mustahil untuk kerajaan menghapuskan terus penjualan rokok…kita perlu fikirkan kaedah lain. Jadi kaedah terbaik yang dirasakan sesuai ialah mengawal kemasukan rokok dengan menguatkuasakan harga minimum,” katanya Bagaimanapun, katanya, kerajaan tetap melakukan inisiatif lain untuk mengurangkan jumlah perokok sedia ada dengan menawarkan pelbagai cara antaranya menyediakan klinik berhenti merokok serta membuat iklan besar-besaran sepertimana iklan dimuatkan di kotak-kotak rokok..
– BERNAMA
Apa yang mau di tulis mengenai rokok ni ah….
saya ni boleh diketagorikan salah seorang yang tersenarai biar pun secara tidak resmi antara 3 juta perokok tegar yang ada di Malaysia ni..sehari saya boleh habis 1 kotak 20 batang rokok.. minima tu..kalau tension,bapikir atau jumpa kawan-kawan duduk kedai kopi boleh habis 2-3 kotak sehari..fuhhh..kalau difikirkan dari segi kesihatan memang parah kalau dari segi perbelanjaan memang koyak poket bah…Azam mau berhenti merokok sentiasa,tapi azam tinggal azam,bermacam cara telah saya cuba setakat ini belum satu pun yang berhasil..sebab merokok ni ianya bukan seperti kita maukan sesuatu benda yang perlu ditangguhkan atau seperti bila kita berasa lapar,dahaga..ianya sesuatu keinginan yang sangat mendesak…hanya perokok yang tau perasaan ini..cheyyy
kita boleh Nampak sendiri bermacam cara yang telah dibuat oleh kerajaan untuk meyedarkan perokok seperti saya ni lah…buat kempen,pasang iklan pada kotak rokok,media masa dan elektronik kalau dianggarkan secara kasar perbelanjaan buat semua benda ni boleh buat 2-3 bangunan puluhan tingkat atau boleh buat pembangunan yang lebih baik di sabah ni….dari 3 juta berapa orang yang dapat berhenti?...
Buat Klinik berhenti merokok?...yang ini saya sangat setuju dan pertus keberangkalian perokok tegar tidak pun berhenti mungkin boleh mengurangkan ketagihan,harap-harap dipercepatkan perlaksanaannya secara serentak..bukan apa biasanya Sabah adalah negeri yang terakhir yang akan dapat,biasanya dari segi hal,contoh?..nda payah cakap boleh tengok dan lihat sendiri lah bah kan..Bukan marah tapi keci hati sikit lah…. Rokok bersaiz besar yang hanya dibenarkan dan dijual bertujuan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan golongan kanak-kanak dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok yang tidak sihat dan merugikan..yang ini memang berbaloi dan boleh pakai tapi apa yang penting pernanan ibu bapa adalah sangat penting untuk mengawal pergaulan bebas anak-anak dari gejala yang tidak sihat…Persoalannya bagi golongan yang berpendapatan rendah?...jawapanya saya rasa.. ini lah dia.. dibenteras tapi terlepas juga malah makin jadi..

L.A, Premium & ERA

Rokok seludup yang mudah didapati sekitar Bandaraya K.K atau dimana saja di Sabah,rokok jenis ini bukan saja jadi pilihan golongan sederhana macam saya lah, ia juga jadi pilihan golongan berpendapatan..selain harga yang cukup murah rasa pun lebih kurang ja macam yang dijual dikedai yang ada jenama (Bercukai)

Rokok jenis ni yang paling jimat..Kirai Daun dan paling selamat tiada bahan tercemer..ini saya bantai time pokai..

Walau apapun...... terima kasih kepada kerajaan kerana keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat sangat diharapkan usaha yang murni ini berjaya dilaksanakan..kerana jatuh bangunnya sesabuah negara itu adalah daripada rakyat yang sihat dari segi fizikal dan mental..samada terlibat secara langsung atau tidak setiap rakyat yang baik itu tidak dapat dinafikan sumbanganya sama-sama menyumbang tenaga untuk negara..Akhirulnya saya mau tanamkan azam yang lebih lah bah ini demi untuk melihat anak-anak yang kian membesar dipersekitaran sosial yang kurang sihat dan sangat membimbangkan ini...

No comments:

Tabung Juga laGi