بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Friday, March 30, 2012

Student Indonesia Protes Petrol Naik 33% April Ini







JAKARTA: Ribuan rakyat Indonesia menunjuk perasaan di seluruh negara semalam kerana membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak.

Keganasan dilapor meletus di beberapa kawasan menyebabkan beberapa orang cedera.

Di Jakarta, pertempuran berlaku antara polis dan sekumpulan pelajar berhampiran istana presiden, menyebabkan lima anggota polis dan kira-kira 10 penunjuk perasaan cedera, kata jurucakap polis Jakarta, Rikwanto. Seorang jurugambar AFP melaporkan, kira-kira 500 penunjuk perasaan melontar batu, bom minyak dan kayu ke arah polis yang kemudian bertindak menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan itu.

“Kumpulan itu mahu berarak ke istana presiden. Kami menyekat mereka. Tetapi mereka bertindak dengan merosakkan kemudahan awam,” kata Rikwanto.

Kira-kira 3,500 penunjuk perasaan berkumpul di Jakarta, jauh lebih kecil berbanding 15,000 yang dijanjikan oleh penganjur sebelum ini.

Terdahulu, 300 orang berkumpul di luar Dewan Parlimen di ibu negara Indonesia itu dengan membawa sepanduk berbunyi: ‘Harga minyak naik, rakyat sengsara.’ Ada juga yang membawa sepanduk menggesa kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meletak jawatan.


Kira-kira 100 anggota polis yang hanya dilengkapi dengan belantan dan pelindung bergelut untuk mengawal penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar dan anggota kesatuan sekerja.

Tunjuk perasaan juga dilapor berlaku di bandar besar lain seluruh Indonesia, termasuk Medan dan Surabaya.

Kerajaan bercadang menaikkan harga minyak pada 1 April depan.

Sumber: NST

Thursday, November 10, 2011

Jeans Limited Edition..18sx (just for fun)

Jeans ni limited edition,,orang yang sanggup pakai ni sign mati punya orang,,hahaha...
kepada anak dara,mak dara,janda2 tak digalakan berada berhampiran dengan si pemakai seluar ni dikhuatiri memudaratkan,,,,hahaha

Wednesday, October 12, 2011

Facebookkanol:Penyembuhan Untuk Ketagihan Facebook

..lama nda up date ini blog,,FB ja memanjang jumpa la ini obat,baru la ter up dated,huhuhu

Thursday, August 25, 2011

Iklan Raya Yang Menarik

..antara iklan2 raya yang menarik..

Iklan Raya Petronas 2003



Iklan Raya TNB

Salam Aidilfitri - Yakie Biny




....teringat zaman kanak2 dulu2,tak juga dulu2 sangat la zaman 80an - 90an bila mau dekat2 Hari Raya terasa sangat kegembiraan,,,berbeza dengan zaman sekarang ni,, anak2 gembira bila di bawa shoping beli baju Raya ja harga pakaian bukannya murah biarpun kununnya potongan harga 50% - 70% masih mahal berbanding dengan zaman saya dulu2 beli di rombingan (bundale) bukan tidak mau beli yg branded tapi kemampuan itu saja yang boleh dapat,,apapun kegembiraan bila sambut Hari Raya tu tersangat2 gembira la tidak dapt di gambarkan, dibayangkan dengan perkataan,,tapi ini semua apa yang saya rasa la,,,,mungkin kegembiran menyambut Hari Raya untuk saya sudah berlalu kerana faktor usia yang kain meningkat,sudah tua bah, ,perasan masih remaja lagi,,hahaha..
...apapun juga kegembiraan bila tiba Syawal itu tetap ada kerana bila takbir bergema maka kita telah berjaya melawan hawa nafsu dengan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan,,juga dapat menunaikan perintah Allah yang fardhu dan sunat yang mana ganjaran yang Allah berikan berlipat kali ganda dengan bulan2 yang lain...


Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.

Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya.
Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.

Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.

Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)

Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.

Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”
– (Surah An-Nisa': 1)

Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.






Tuesday, August 2, 2011

In Pictures: The start of Ramadan



























sumber :
Al Jazeera

Tentera Amerika Di YouTube

Selain pegang senjata tentera2 Amerika ini juga punya bakat untuk jadi penghibur ,mungkin kerana tekanan berperang sentiasa berhadapan dengan maut cara mereka menghilangkan rasa tekanan ini adalah dengan cara berhibur,,,opss 18sx sebaba ada unsur tarian lucah..nghenghenghe..



bagi umat Islam tak sesuai la kalau pun nak lepaskan tekanan dengan gaya dorang ni lebih2 lagi di bulan Ramdhan ni,,kita kena minta dengan Allah untuk keselamtan dunia dan akhirat,,hanya Allah yang dapat membantu hamba2nya dari segala hal,,,

Tabung Juga laGi

The Arrivals By Noregaaa & Achenahr

Loading...