بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Wednesday, March 17, 2010

Pokok Gharghad ( Pokok Yahudi)

Pokok Ghargad atau nama siantifik Africa Boxthorn



‏‏عن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :‏ ‏لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون ‏‏ اليهود ‏ ‏فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا ‏‏ الغرقد ‏ ‏فإنه من شجر ‏‏ اليهود




"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". Hadis riwayat Imam Muslim (2922)



Pohon Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah Desert Thorn, Christmas Berry, Wolfberry, Matrimony Vine, Tea Tree dan Goji.


Dalam bahasa Ibrani, pohon Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok Atad adalah sama dengan spesis Jujube.

Jika pokok Jujube ini adalah pohon Gharqad seperti yang disebutkan dalam hadis, kemungkinan pernyataan yang mengatakan Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad adalah benar. Spesis Jujube adalah tumbuhan kedua terbesar ditanam di Israel selepas pokok Akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air. Pokok Jujube juga ditanam dalam kawasan perumahan secara besar-besaran sebagai pokok hiasan.



sumber dari bebarapa blog


menurut beberapa sumber lain sekarang ini puak Yahudi sedang giat menanam pokok gharghad di tanah haram Plastine dan dianggarkan 2 juta lebih pokok telah mereka tanam... sila klik dan lihat laman ini Jewish National Fund
Bagi saya yang kurang celik tentang agama ini agak pelik bila kaum yang terang-terang memusuhi Islam dan jauh lebih maju dari segi teknologi mempercayai dan yakin apa yang di sabdakan Rasulullah s.a.w, ini kerana ada sebilangan umat Islam itu sendiri yang kurang yakin dengan hadis dan sunnah Rasulullah s.a.w, malah ada yang berani menafikannya dengan mengatakan sunnah Rasulullah s.a.w tidak sesuai diamalkan pada zaman ini atau pun ketinggalan zaman ...naauzubillah

Kaum Yahudi ini yang terang-terang memusuhi Islam dan mempalopori kecanggihan tekonologi maya ini pun boleh mempercayai hadis Nabi s.a.w dan melaksanakan apa yang terkandung dalam hadis itu bagi mengelakan kebangkitan atau pun serangan umat Islam untuk menghapuskan mereka satu ketika nanti..
Sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w kita kena perlu sedar dengan menginsafi diri serta perlu kembali ke landasan yang betul dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w..
kerana ulama kita bagi tau kejayaan umat manusia dan jin itu dunia dan akhirat Allah s.w.t telah letak dalam agama Islam dengan cara yang telah ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w. Nak jadi apa saja di dunia ini jadilah tapi kita kena bawa agama dalam kehidupan dengan cara Rasulullah s.a.w pasti ada kejayaan.
Agama Islam ini telah sempurna tidak perlu di tokok tambah, Allah s.w.t tidak akan wafat kan Rasulullah s.a.w kalau agama ini belum sempurna...Jadi nak buat sesuatu amalan dalam kehidupan ini sangat perlu berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w baru ada bantuan atau pertolongan dan redha dari Allah s.w.t, bila ada redha Allah s.w.t pasti ada kejayaan....
Insyallah...


wallahualam..


No comments:

Tabung Juga laGi