Adakah ini Baitulmugadis..?
,, kisah Saidina Umar Al Khattab r.a mengambil kunci Baitulmuqadis,,,
Kisah ini saya dengar dari ceramah seorang ustaz lebih kurang 12 tahun yang lalu,,apa yang saya tulis ni Cuma yang saya ingat serba sedikit ,susunan ayat pun bertarabur,,,kalau ada sesiapa yang terbaca post ni dan lebih arif tentang kisah ini boleh la perbetulkan atau rujuk pada ustaz-ustaz, ulama-ulama atau pada yang lebih arif mengenai kisah Hayatus Sahabah,,,
,,,bila teringat kisah ini terasa insaf la juga dan rasa diri ini jauh dari perintah Allah s.w.t...
..semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar r.a,,Saidina Umar ingin mengambil semula Baitulmugadis dari kaum Nasrani ( Byzantium) yang telah mereka tawan.. Saidina Umar telah mengarahkan sebilangan tentera yang disertai beberapa orang sahabat r.a yang di ketuai oleh Amru bin Al-As ke Palestin bagi tujuan hendak mengambil semula Baitulmuqadis…apabila diketahui oleh kaum Nasrani, maka mereka telah membuat persediaan yang begitu rapi dengan kelengkapan yang canggih dan bilangan tentera yang cukup besar bagi mengahadapi tentera kaum Muslimin,,
..hal persediaan kaum Nasrani dengan persediaan tentera yang cukup besar untuk menghadapi tentera Muslimin telah di ketahui oleh paderi Yahudi…. paderi Yahudi ini telah bertemu dengan raja dan paderi Nasrani untuk memberi pandangan bagaimana menghadapi tentera Muslimin,,
…apabila perjumpaan antara paderi Yahudi,raja dan paderi Nasrani ini berlangsung maka paderi Yahudi telah memberi pandangan yang berupa nasihat kepada raja dan paderi Nasrani bahawa sebesar dan sekuat mana pun tentera meraka, mereka tidak akan dapat mengalahkan tentera Muslimin biarpun bilang tentera Muslimin ini kecil..
..ini kerana menurut paderi Yahudi tersebut tentera Muslimin ini berjuang kerana ada bantuan dari atas langit ( bantuan dari Allah s.w.t)…
…apabila perkara ini ceritakan kepada raja dan paderi Nasrani oleh paderi Yahudi, maka timbul kerisauan dan ketakutan mereka hendak menghadapi tentera Muslimin. Maka paderi Yahudi telah memberi tahu dan memberi cadangan bagaimana cara hendak mengalahkan tentera kaum Muslimin hanya dengan cara memutuskan pertolongan atau bantuan dari atas langit terhadap tentera Muslimin.
…paderi Yahudi, raja dan paderi Nasrani telah mengumpulakan gadis-gadis yang jelita dikalangan mereka serta emas permata..
…gadis-gadis ini berbogel disepanjang jalan yang dilalui oleh tentera Muslimin dan segala emas permata ditaburakan di atas jalan menuju ke Baitulmuqadis atas arahan paderi Yahudi tersebut…gadis-gadis ini telah diarahkan oleh paderi Yahudi tersebut untuk menggoda tentera Muslimin, seandainya tentera Muslimin itu menjeling sahaja kepada mereka dan pada harta-harta yang bertaburan diatas jalan maka gadis-gadis tersebut hendaklah lekas-lekas memberitahu pada paderi Yahudi tersebut….tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya dengan iman dan taqwa tentera Muslimin kepada Allah mereka seolah-olah buta dan tidak melihat kearah gadis-gadis jelita yang berbogel tanpa Seurat benang dan pada harta yang bertaburan di atas jalan yang mereka lalui menuju ke Baitulmuqadis…hal ini telah membuatkan gadis-gadis tersebut lari dan berjumpa pada paderi Yahudi tersebut, bila paderi yahudi tersebut melihat gadis-gadis itu belari menuju kearahnya maka paderi Yahudi tersebut bertanya adakah tentera Muslimin ini telah menyentuh mereka, gadis-gadis tersebut memberitahu paderi Yahudi tersebut mereka melarikan diri kerana mereka malu tidak pernah mereka jumpa dengan lelaki seperti tentera Muslimin biarpun mereka berkeadaan bogel dengan gaya yang menghairahkan jangan kan menyentuh menjeling pun tidak,,,tentera Muslimin itu hanya tunduk (sambil berzikir kepada Allah) tanpa memperdulikan mereka dan harta yang bertabuaran di atas jalan…
..paderi Yahudi itu tau seandainya tentera Muslimin itu menjeling sahaja kepada gadis-gadis dan harta itu barulah serangan boleh dibuat keatas tentera Muslimin kerana pada ketika itu akan terputuslah hubungan atau bantuan dari Allah s.w.t terhadap mereka…tapi helah paderi Yahudi itu tidak menjadi terpaksalah mereka membiarkan tentera Muslimin masuk kedalam Kota Al-Quds Palestine tanpa sebarang tentangan, ini kerana jika mereka menentang akan sia-sia dan mereka pasti akan kalah..
…apabila tentera Muslimin masuk dan menawan Kota Al-Quds Palestine serta meminta kunci Baitulmuqadis tapi raja Byzantine hanya akan menyerahkan kunci itu kepada khalifah Umar Al-Khattab r.a sahaja…maka amir atau ketua tentera Muslimin Amru bin Al-As pun menyamar jadi khalifah Umar Al-Khatab r.a tapi kunci tidak diserahkan juga kerana paderi Yahudi itu tau dia bukan Khalifah Umar r.a..untuk menjemput Saidina Umar Al-Khatab r.a adalah begitu jauh kerana dia berada di Madinah ketika itu, maka Amru bin Al-As telah mencari seseorang yang serupa dengan Saidina Umar r.a dan mengatakan dialah Saidina Umar Al-Kahtab r.a yang sebenarnya tapi penyemaran ini pun diketahui oleh paderi Yahudi…
… terpaksalah utusan dihantar oleh Amru bin Al-As ke Madinah untuk memberitahu hal yang telah berlaku dan menjemput Saidina Umar Al-Khattab r.a ke Palestine untuk menerima kunci Baitulmugadis itu dari raja Nasrani..
.. berangkat lah Saidina Umar Al-Khattab r.a ke Palestine dengan ditemani seorang khadam dengan seekor unta dan satu lagi dengan bajunya yang bertampal tujuh…semasa dalam perjalanan Saidina Umara r.a akan berganti ganti menaiki unta dengan khadam begitulah seterusnya sehinggalah mereka sampai ke Palestine… ..apabila Saidina Umar r.a sampai di Palestine dia berehat di perkemahan tentera Muslimin yang berada di luar kota..apabila Saidina Umara r.a hendak berangkat masuk ke dalam kota berjumpa dengan raja Nasrani bagi tujuan mengambil kunci Baitulmugadis para sahabat telah memberi dia persalinan yang baru dan se ekor kuda kerana mereka memikirkan dia adalah seorang Khalifah yang akan bertemu dengan seorang raja dari kaum Nasrani jadi hendaklah berpakaian yang lebih elok…..maka Saidina Umar r.a pun bertukarlah dengan persalinan yang diberikan , tapi baru saja dia hendak memulakan perjalanan terfikir (Allah telah bagi fikir) olehnya mengapa dia mesti berpakain cantik dan menaiki se ekor kuda yang lebih elok sedangakan dia hanya berjumpa dengan seorang raja dari kaum Nasrani sedangkan selama ini Allah itu maha tau bagaimana keadaan Saidina Umara r.a yang sebenar mengorbankan seluruh kehidupannya hanya untuk Allah s..w.t..Saidina Umar lalu beristighfar dan menukar semula pakainnya dengan baju yang bertampal tujuh membawa khadam dengan menaiki unta seperti mana perjalanan mereka dari Madinah…
…dikatakan semasa perjalanan Saidina Umar r.a menuju masuk ke dalam kota hujan telah turun dengan lebat menyebabkan jalan menjadi becak dan Saidina Umar r.a telah menanggalkan kasut lalu digantungakan di lehernya sendiri, apabila Saidina Umar hendaka sampai ke dalam kota dengan kehendak Allah s.w.t tiba giliran Saidina Umar r.a menarik unta dan khadam yang menunggang unta tersebut..setibanya Saidina Umar r.a ke dalam kota dia telah di sambut oleh raja, paderi Nasrani, Paderi yahudi beserta rakyat-rakyat nya..rakyat, raja serta paderi Nasrani menyambut khadam yang sedang menunggang unta kerana mereka memikirkan sudah pastilah yang berada diatas unta itulah Khalifah Saidina Umar Al-Khattab r.a, khalifah yang sangat terkenal itu….
..tapi paderi Yahudi memberitahu sekalian rakyat,raja dan paderi Nasrani bahawa yang menunggang unta itu bukan lah Saidina Umar r.a yang menarik unta itu lah sebenar benarnya Khalifah saidina Umar Al-Khattab…kejadian ini menimbulkan kehairanan Saidina Umar r.a bagaimana paderi Yahudi ini kenal padanya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa…maka paderi Yahudi memberitahu bagaimana dia kenal Saidina Umar Al-Khattab r.a bahawa di dalam kitab mereka yakni Yahudi ada tersebut bahawa satu hari nanti akan ada seorang lelaki yang akan datang mengambil kunci Baitulmugadis dengan keadaan kasut yang tergantung dileher,baju bertampal tujuh dengan menarik se ekor unta…
… mereka menyerahkan kunci Baitulmuqadis kepada Saidina Umar r.a tanpa menumpahkan setitis darah dan dikatakan paderi Yahudi itu berkata bahawa satu hari nanti mereka akan rampas balik Baitulmuqadis dari orang-orang Islam,,dan kaum Yahudi akan menyerahkan kunci Baitulmuqadis kepada orang-orang Islam apabila sembahyang subuh orang-orang Islam secara berjemaah seperti sembahyang jumaat ramainya…..
….diakhir ceramah itu dan merupakan tajuk ceramah ulama kita beri tau bahawa Yahudi itu lebih kenal Islam itu dari orang Islam itu sendiri….
. .kita boleh lihat sekarang ini kaum Yahudi ini sibuk hendak menanam pokok ghargad bagi menyelamatkan diri dari serangan umat Isalam satu hari nanti insyallah.. berdasarkan hadis nabi s.a.w..
( lihat post bertajuk pokok ghargad)
,,,akhirul post apa yang baik datang dari Allah s.w.t, ,apa yang tidak baik itu dari nafsu saya sendiri...
..
No comments:
Post a Comment