بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Tuesday, December 7, 2010

Nasa Warns Of Super Solar Storm 2012 (Ribut Suria)



“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Pada 21 April 2010 yang lalu NASA buat pertama kalinya telah mengeluarkan imej letusan ribut suria yang diambil pada 30 Mac 2010, oleh Solar Dynamic Observatory (SDO), iaitu sebuah satelit terbaru yang dilancarkan bagi mengkaji dan meramalkan aktiviti yang berlaku di matahari termasuk letusan ribut suria. Di dalam sidang berkenaan NASA telah menunjukkan imej letusan yang menjulang keluar jauh dari matahari iaitu kira-kira sejauh 500, 000 batu (800,000 km).

Letusan yang berlaku pada 30 Mac yang lepas menjulang sejauh hampir 1 juta km

Justeru, apa pula kaitan aktiviti yang berlaku di Matahari seperti ribut suria itu kepada bumi ? Bumi adalah salah satu planet di dalam lingkaran sistem suria. Setiap planet termasuklah Bumi beredar mengikut sistem peredaran masing-masing mengelilingi Matahari. Justeru itu, memang tidak dapat dinafikan segala aktiviti yang berlaku pada Matahari banyak mempengaruhi hubungan corak dan kegiatan persekitaran di Bumi.






NASA sendiri tidak terlalu mengkhuatirkan peristiwa ini, namun mereka memang telah mengantisipasi ribut ini sejak tahun 2006. Mereka juga memperkirakan kalau ribut ini mampu mempengaruhi janakuasa tenaga di berbagai tempat sehingga bukan hanya industri telekomunikasi atau penerbangan yang terganggu, juga industri lainnya seperti perbankan dan yang berkaitan dengannya. Ribut itu diperkirakan akan terjadi pada tahun 2012. Namun mereka mengakui kalau tidak akan ada yang pasti berapa besar kesan kerosakan yang akan terjadi. National Academy of Sciences Amerika pernah menjangkakan kerosakan yang mungkin terjadi boleh membawa kerugian sekitar 1 hingga 2 trilion dolar Amerika dan memerlukan waktu hingga 10 tahun untuk pulih sepenuhnya.
Ribut matahari dalam skala yang cukup besar pernah terjadi juga pada tahun 1989 dan menyebabkan blackout di seluruh Quebec, Kanada. Ribut matahari tahun 2003, Sweeden dan Afrika Selatan juga mengalami nasib serupa.

Apa yang akan terjadi?

Walaupun terdengar begitu kacau bilau, sesungguhnya manusia dan makhluk hidup lainnya terlindung dengan aman di bumi. Pada saat terjadinya ribut2 matahari sebelumnya, makhluk hidup di bumi sama sekali tidak terpengaruh. Namun, teknologi yang kita miliki memang memberi kesan terhadap fenomena ini. Mengingat sangat tergantungnya infrastruktur kita terhadap jaringan telekomunikasi, maka peristiwa lumpuhnya telekomunikasi mungkin akan membawa kelumpuhan pada sistem lainnya, seperti kewangan dan pengangkutan. Ribut matahari yang kuat boleh membawa kerosakan dengan mengintervensi sumber elektrik dan jalur komunikasi kita. Ini akan menyebabkan sistem menjadi overload dan akhirnya mengalami kerosakan.Menurut salah satu laporan yang dikeluarkan oleh National Academy of Science Amerika Syarikat, apabila ribut itu terjadi, sekitar 300 janakuasa elektrik di Amerika boleh lumpuh hanya dalam tempoh 90 saat. Ini akan memutuskan persediaan bekalan elektrik untuk 130 juta penduduk. Setelah jaringan elektrik terputus, persediaan air pun akan turut terputus. Tanpa adanya elektrik dan persediaan air, maka ekonomi akan menjadi lumpuh. Tidak ada aktiviti pengangkutan seperti pesawat atau kereta api. Bahkan fasiliti seperti markas ketenteraan atau hospital juga akan turut lumpuh. Dengan kata lain huru hara! Tetapi, itu adalah senario terburuknya. Kebaikannya adalah, manusia telah belajar dari masa lalu. NASA dan badan angkasa negara-negara lain di dunia telah mengetahui dengan jelas kalau solar flare boleh melumpuhkan sistem satelit. Kerana itu sejak lama, NASA telah mengirim beberapa kaedah untuk mengawasi aktiviti matahari seperti ACE....



"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". Hadis riwayat Imam Muslim (2922)...

..diceritakan oleh ulama2 kita bahawa peperangan ini tidak menggunakan senjata canggih seperti yang ada pada hari ini,,ianya berlaku seperti asal...
..sama2 kita muhasabbah diri,,melihat dengan mata luaran bersama mata dalaman,,,insyallah...

No comments:

Tabung Juga laGi