بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Monday, March 7, 2011

Penipuan melalui Internet..(part 1)

..hari ini saya dapat satu panggilan dari seseorang dengan memperkenalkan diri dia adalah wakil dari sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia ini,,, sebuah syarikat pengeluar minuman Power Root...dari logaht si pemanggil saya boleh tau dia adalah orang Indonesia yang cuba bercakap gaya KL..
...si pemanggil telah mamaklumkan bahawa saya telah memanagi hadiah cabutan no talipon bertuah sebanyak rm17000 yang di biaya oleh Power Root...biar pun saya tidak pernah menyertai mana2 peraduan sebelum ini..dan untuk menuntut hadiah tersebuat, saya mesti memberikan satu akaun bang yang aktif serta no pin bang tersebut untuk memudahkan transaksi di buat, setiap urusan transaksi hendaklah di buat di ATM mesin...
....bulih percaya ka?
Silap orang ba itu penipu, saya kasi main dia balik dengan pura2 tidak faham setiap arahan dan tanya dia macam2 sehingga talian putus begitu saja atau sengaja dia putuskan...

Jamila Mohd.Hasan

..gambar di atas tu kenalan FB saya,chantek tak?,berasal dari Britain,,seorang perampuan yang sangat kaya mempunyai aset yang berbillion pound sterling....ada cerita yang menarik antara saya dan dia..
..saya akan cerita di next post..malam ni mengantuk sangat...
..sila la baca post yang ada setakat ni la dulu..hehhe

..mesej ni awek..

Dearest Love.

I hope to visit you soon in your country. Please, read the below love message from my heart to you...I thought I would let you know that my love for you is burning very brightly this moment. My heart longs for you. My heart longs to leap at the sound of your voice. My heart longs to be filled with joy by your smile. My heart longs for my love, respect and adoration to flow to you as I gently kiss your hands. My hearts longs to be warmed when I hold you in arms. My heart longs to feel the passion as I caress your face, stare into your beautiful eyes and tenderly kiss you. My heart longs to see our love for one another grow as we sit on the couch and we share from the heart...fuuuhhh..

*p/s..kalau nak tau lebih lanjut cerita saya dengan awek ni,,rajin2 round ini blog...huhuhuh
cerita saya dgn dia ni belum habis,,akan habis dlm sedkit masa lagi..kantoi...main part2 la pula..hahaha



ini ada maklumat sikit untuk kita buat renungan dan pengarajan

Sumber : Berita Harian on line

KUALA LUMPUR 3 Jun - Walaupun kerap kali didedahkan tentang penipuan
kenalan laman sembang di Internet, namun kegiatan tersebut masih terus
berlaku.
Kali ini, seorang suri rumah dari Sabah kerugian RM1.2 juta akibat
diperdaya kenalan Internetnya, menggunakan nama Jeff Brian Manik yang
tidak pernah ditemuinya.
Segala-galanya bermula pada tahun lalu apabila mangsa, Lee, 47,
didatangi lelaki tersebut yang memperkenalkan diri dan ingin berkenalan
dengannya.
Menurut Lee, Jeff, warga British berusia 30-an, bekerja sebagai
seorang jurutera berdasarkan gambar dan maklumat peribadi di dalam
profilnya.
Lee memberitahu, dia dan Jeff bagaimanapun jarang berhubung kerana
masing-masing tidak aktif dalam laman itu dan hanya mula menjadi akrab
sejak dua bulan lalu.
Pada 7 April lalu, dalam perbualan telefon, Jeff menyatakan hasrat
untuk menghadiahkannya bungkusan hadiah bernilai 21,400 pound sterling
(RM102,738) mengandungi barangan mewah dan berjenama.
"Antaranya iPhone 3GS, beg tangan Louis Vuitton, komputer riba
Compaq, jam tangan Roberto Cavalli dan lima barangan lain.
"Saya tidak mahu menerimanya tetapi dia berkeras ingin memberi
menerusi khidmat penghantaran bungkusan," katanya pada sidang akhbar di
Wisma MCA di sini hari ini.
Menurut Lee, dia juga diberitahu bahawa bungkusan itu akan dihantar
oleh seorang wakil syarikat yang bernama Jennifer Smith.
Enam hari selepas itu, Jennifer menghubungi Lee dan memintanya
membuat pembayaran wang pendahuluan sebanyak RM16,500 sebagai yuran
pemprosesan sebelum boleh menuntutnya daripada kastam.
"Tanpa berfikir panjang, saya mendepositkan wang itu ke dalam dua
akaun tempatan pada esoknya, tetapi selepas menunggu selama beberapa
hari, bungkusan itu tidak sampai," katanya.
Kira-kira seminggu selepas itu, katanya, Jeff menghubunginya lagi dan
memohon maaf kerana bungkusan tersebut tidak dapat diterima.
"Dia berjanji akan menggantikan dengan hadiah yang lebih besar. Kali
ini, Jeff ingin memindahkan dana 2.5 juta pound sterling (RM12 juta) ke
dalam akaun saya.
"Alasannya wang itu ingin digunakan untuk pelaburan di Malaysia. Jeff
berbudi pekerti tinggi, sopan santun dan pandai mengambil hati saya
sehingga saya begitu mudah memaafkannya.
"Dia turut menyatakan hasrat untuk melawat Sabah dan bertemu dengan
saya apabila selesai kerjanya kelak, justeru sejumlah besar wang itu
dipindahkan ke dalam akaun saya dahulu," jelasnya.
Meskipun merasakan seperti tidak masuk akal, namun Lee berkata, dia
diyakinkan dengan kedatangan seorang rakan Jeff yang dikenali sebagai
David Brown ke Kuala Lumpur.
Katanya, dia yang ditemani kakaknya datang ke ibu negara untuk
bertemu David di salah sebuah hotel dan kemudian ditunjukkan sebuah beg
berisi wang kertas pound sterling.
"David meminta saya membuat pembayaran sebanyak RM200,000 sebelum
wang itu boleh dimasukkan ke dalam akaun saya.
"Lebih menyakinkan apabila saya diberikan sekeping sijil pemilikan
wang tunai 2.5 juta pound sterling yang diletakkan atas nama saya,"
katanya.
Lee berkata, dia membuat pembayaran itu seperti diarahkan David ke
dalam beberapa akaun bank milik rakyat tempatan di antara 27 dan 5 Mei
lalu.
"Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki
bernama Martin Williams yang mendakwa ejen Jeff dan memaklumkan bahawa
saya perlu membuat bayaran RM1 juta.
"Ia adalah untuk cukai 10 peratus bagi meluluskan pemindahan dana
tersebut. Dengan niat untuk membantu Jeff, saya mengeluarkan simpanan.
"Saya juga meminjam daripada kakak untuk membuat pembayaran itu
dengan rela hati," tambahnya.
Lee berkata, akhirnya dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu, namun
segala-galanya sudah terlewat kerana wang sebanyak RM1.2 juta miliknya
itu telah lesap dalam tempoh kurang daripada dua bulan.
Berikutan itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Karamunsing
pada 30 Mei lalu, sebelum mengadu di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan
Awam MCA awal minggu ini.

……………..

Sumber : Waikiki sabah

KOTA KINABALU: Gara-gara terlalu percaya dengan kenalan lelaki melalui internet, seorang penyelia wanita akaun kerugian lebih RM49,000 selepas dia diminta untuk membayar sejumlah wang bagi membawa keluar sebuah bagasi yang kononnya mengandungi sebanyak US$2.6 juta dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Chin, 48, adalah satu daripada 134 kes tipu melalui internet yang laporkan di Sabah sepanjang tahun lalu melibatkan kerugian sebanyak RM5.3 juta, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JKJK) kontinjen Sabah, Superitendan Soh Hock Sing kelmarin.

Katanya, dari 134 kes tersebut merangkumi 93 kes membabitkan tawaran jual beli barangan manakala 41 kes melibatkan bungkusan dimana modus operandinya adalah dengan memperdayakan mangsa kononnya akan menghantar bungkusan tersebut.

“Kebanyakan mangsa adalah perempuan yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun,” kata Soh.
Dalam pada itu, Soh memberitahu sebanyak 20 kes tipu internet dan bungkusan melibatkan kerugian kira-kira RM219,164 dilaporkan sepanjang Januari hingga Februari tahun ini.

“Saya ingin menasihatkan kepada orang ramai khususnya pengguna internet agar lebih berhati-hati ketika berurusan dan juga tidak mudah terpengaruh dengan kenalan internet,” ujarnya.

Dalam laporan polis Chin, katanya pada mulanya dia berkenalan dengan seorang lelaki kononnya bernama Martin Gibson yang berasal dari Kanada pada awal Januari lepas dan lelaki itu kemudiannya juga berjanji akan datang bercuti ke Malaysia untuk berjumpa dengan mangsa.

Lelaki tersebut yang dikatakan mengambil penerbangan dari Scotland selepas itu telah menghubungi mangsa kerana mengatakan bahawa bagasinya yang berisi sejumlah wang tersebut telah ditahan selepas tidak diisytiharkan.

Selepas itu, seorang lagi lelaki bernama Garry yang mendakwa ejen daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah menghubungi Chin dan memberitahu jika bagasi itu mahu dikeluarkan, maka pembayaran sebanyak US$20,500 harus dibuat.

Lelaki yang bernama Garry itu juga menyuruh mangsa untuk membawa wang tersebut ke Kuala Lumpur dan berjanji setibanya mangsa di sana, dia akan membawa mangsa pergi ke jabatan berkenaan untuk berurusan.

Pada 21 hingga 24 Februari lepas, Chin telah memasukkan sejumlah wang secara berasingan ke beberapa akaun bank dengan tujuan untuk membantu Martin mengeluarkan bagasinya yang didakwa telah ditahan di KLIA.

Bagaimanapun selepas itu, mangsa menyedari yang dia mungkin telah ditipu dan mengalami kerugian sebanyak RM49,025...


No comments:

Tabung Juga laGi