ISTAF 2011: Pasukan lelaki, wanita Thailand juara
2011/07/24
KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw lelaki kebangsaan gagal menandingi kehebatan Thailand apabila tumpas 0-3 pada perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.Kesilapan yang dilakukan trio negara, Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam, membuka peluang Thailand memenangi mudah set pertama dengan kelebihan 15-4 dalam masa 11 minit.
Pada set ketiga, usaha skuad negara untuk menyekat trio Thailand yang dibarisi oleh Pornchai Kaokaew, Siriwat Sakha dan Pattarapong Yupadee memenangi set itu juga gagal apabila sekadar meraih mata 15-11.
Jamaluddin berkata, skuad kebangsaan gagal mengunakan kelebihan yang ada pada sistem baru kiraan mata pada kejohanan itu.
"Pemain kita masih baru lagi dan mereka baru menjalani latihan selama empat bulan dan banyak perkara yang masih perlu diperbaiki lagi dan saya harap kita mampu mengatasi kekurangan tersebut apabila beraksi di Sukan SEA, Indonesia 2011 pada akhir tahun ini," katanya.
Sementara itu, skuad wanita Thailand turut mengekori kejayaan yang sama selepas berjaya menewaskan Vietnam 3-0 dengan kiraan 15-7, 15-12 dan 15-9 pada perlawanan akhir kategori wanita. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment