بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Monday, July 11, 2011

Polis tak bidik Hospital Tung Shin





Tung Shin Hospital 'not hit' in rally crackdown





No Tear Gas Fired Into Tung Shin Hospital?





Malaysiakini..
Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu. Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke
arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan."Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.

Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula."Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata timbalan presiden MCA itu lagi.

Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.

No comments:

Tabung Juga laGi