بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...
Showing posts with label Bangsa ku. Show all posts
Showing posts with label Bangsa ku. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Gelari Warisan Perang Padas Damit Di Adau Janang Gayuh

PERSATUAN BISAYA BERSATU SABAH ( PBBS )


Tahniah kepada Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) kerana Berjaya mengadakan satu perayaan yang besar yang menjadi kebangaan bagi suku kaum Bisaya Sabah iaitu Adau Janang Gayuh kali ke 7 pada 30 & 31/07/2010 bertempat di SK Lupak, Beaufort semenjak 33 tahun penubuhannya…
….kemasukan PBBS ke dalam Persatuan Kadazan Dusun (KDCA) sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden KDCA Datuk Seri Pairin Joseph Kitingan pada hari perasmian Adau janang Gayuh dilihat sebagai satu lagi kemajuan yang membanggakan dalam PBBS yang diterjui oleh Presiden Janang Gayuh DSP Dr Hj. Lajim Hj Okin seiring dengan kemajuan Persatuan-Persatuan etnik budaya yang lain di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya…dengan ini Adau Janang Gayuh dilihat mampu membawa suku kita Bisaya dan adat resam diketahui dengan lebih jelas dan luas lagi dalam warna warni budaya Malaysia…
..penyertaan pelbagai pihak dan individu dalam pameran sempena perayaan berkenaan telah mampu menambahkan kemeriahan sambutan Adau Janang Gayuh..buat pertama kali dalam sejarah PBBS membawa pameran sejarah perjuangan suku kaum Bisaya dalam peristiwa Perang Padas Damit yang berlaku sekitar tahun 1888-1889 untuk tatapan umum yang diselanggarakan oleh anak Bisaya sendiri. Gelari warisan Shahbandar telah mendapat perhatian beberapa orang pengunjung tempatan, namun apa yang agak menyedihkan rata-rata mereka tidak mengetahui akan sejarah berkenaan yang telah mengorbankan jiwa pejuang-pejuang Bisaya yang mempertahankan Padas Damit dari pencerobohan penjajah, setengah individu pula tidak mengetahui secara jelas siapakah pejuang-pejuang yang terlibat secara langsung dalam Perang Padas Damit pada masa itu dan ada sesetengah penulis tidak menemui sumber lain atau waris pejuang Padas Damit yang lain dalam penulisan mereka, ini kerana Perang Padas Damit bukan hanya melibatkan 2 atau 3 orang individu pada waktu itu, ianya adalah perjuangan yang melibatkan suku kaum Bisaya…..
….PBBS di minta agar lebih serius untuk memandang kesungguhan waris-waris pejuang perang Padas Damit yang berusaha utuk membawa sejarah berkenaan untuk dihayati oleh suku kaum Bisaya itu sendiri dan bukan bermaksud untuk mencari popularity dengan sengaja mengada-adakan cerita yang melulu melalui penulisan dan juga pameran berkenanaan…
..pemilihan Padas Damit sebagai venue sambutan Adau Janang Gayuh kali ke 8 adalah satu perancangan yang paling tepat untuk mengenang kembali pejuang-pejuang merupakan nenek moyang kita dan mengabadikan nama-nama mereka dalam sejarah yang sepatutnya dijaga dan dipelihara oleh PBBS yang menjadi harapan dan sandaran memperjuangkan nama dan mertabat suku kaum Bisaya....




...sedikit salingan..
..hasil dari mengoogle saya telah menjumpai sedikit info mengenai sejarah asal usul Bisaya tulisan asal oleh Encik Haji A. S. Suhaili bin Haji O.T. Shatar..
..gambar di atas lakaran Awg semaun yang menurut lagenda adalah nenek moyang suku Bisaya...Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Awang Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting)...

ada kah apa-apa dari PBBS ?




..satu upacara khas bagi mengenangkan kembali pejuang-pejuang Padas Damit ini sepatutnya diadakan di bekas kota atau kubu dengan ditontoni oleh orang ramai dan media massa serta pelancong asing bagi menjadikan Adau Janang Gayuh lebih Berjaya memperjuangkan nama Bisaya selama-lamanya..
…walau bagaimanpun jangan hanya mengenengahkan waris pejuang - pejuang yang berkaitan dengan individu yang telah ada nama dalam politik yang ada pada hari ini sahaja yang mau dipaparkan ( mamajek / tukang jek da Bos..kandu )… Perang Padas Damit adalah perjuangan bangsa Bisaya demi kedaulatan bangsa dan bukan perjuangan mempertahankan kepentingan individu sahaja….
..nama-nama pejuang seperti Datuk Shahbandar Angkong, Puteri Maimunah, Sharif Giok dan lain-lain pejuang dijadikan ikon kepada perpaduan semangat juang Bisaya, PBBS berkawajiban untuk mempertahankan fakta dan sejarah perang Padas Damit demi untuk suku Bisaya…waris-waris pejuang berkenaan yang merasa diambil perhatian bukan untuk nama tetapi kepentingan suku Bisaya seluruhnya yang mana boleh memberikan kesan yang lebih membangunkan bangsa dan budaya Bisaya…..
..kandu…

..akhirul gayad …tulisan da post kali ta titi antad da romoh keturunan Datuk Shahbandar Angkong Bin Panglima Alam …inugah ku tara takiak la tapi isa nangugah da maksud….
…mabalut antad da Allah s.w.t, isa mabalut no antad da nafsu ko ….

…lain-lain post sebelumnya untuk bangsa ku Bisaya
- Filem Buat Kita DiKenali? -



" Basatu Tokou Tomidong "

Sunday, December 13, 2009

Filem Buat Kita di Kenali?

Datuk Shah Rukh Khan penerima DMSM
Teringat pada Shah Rukh Khan mendapat Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk dari kerajaan negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob pada tahun lalu...
lakonannya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah negeri yang penuh dengan sejarah itu dapat memperkenalkan lagi Negeri Melaka sebagi sebuah distenasi pelancongan.."Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan keuntungan yang banyak dari segi promosi percuma tanpa melibatkan wang "Kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam..

......

..mmm...Kalau dengan filem kita boleh memperkenalkan budaya dan Bangsa kita diseluruh dunia..terfikir pula saya hendak memberi cadangan melalui diblog ini yang entah apa-apa dan mungkin merapu kepada Janang Gayuh dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah , itu pun kalau ada sesiapa yang terbaca lah....
Diadakakan atau dibuat sebuah filem tentang sejarah perjuangan Bisaya,seperti cerita Perang Padas Damit,Pahlawan Wanita Bisaya Dang Insum atau cerita asal usul Bisaya melalui penceritaan kisah Awang Alak Betatar 7 bersudara dalam bahasa Bisaya..untuk tontonan generasi muda masa kini supaya kita lebih mengenali bahawa kita juga ada pahlawan tidak kurang hebatnya mempertahankan bangsa,agama dan tanah air berbanding kita lebih mengenali pahlawan-pahlawan khayalan ciptaan barat…tidak pun sampai peringkat global tapi sekurang-kurangnya ada sesuatu bukti tentang sejarah perjuangan jelas untuk dibanggakan dan ditunjukan kepada anak-anak yang semakin melupai adat resam dan bahasa Bisaya, ramai anak-anak Bisaya yang tidak tau bercakap dalam Bahasa Bisaya biarpun bapa dan ibu mereka dikalangan Bisaya asli(bukan khawin campur),apa lagi khawin campur ..termasuk saya lah isteri saya bila dia mengenali saya time couple orang bilang,baru lah dia tau akan kewujudan bangsa Bisaya Sabah ni… yang dia tau Visaya Filipina saja, tidak kah haru namanya tu..ini kisah dengan isteri..
Cerita masa saya kehilangan Surat Lahir,saya telah membuat laporan di salah sebuah Balai Polis yang berhampiran disekitar Kota Kinabalu dua tahun yang lalu lebih kurang..saya telah membuat aduan tentang kehilangan dengan seorang pegawai polis yang bertugas pada ketika itu..Pegawai polis itu pun bertanyakan maklumat peribadi saya dengan menaip setiap aduan yang dibuat, antara soalan yang hendak dijadikan cerita ialah ‘Bangsa encik’ dengan loghat semenanjung, saya pun jawab dengan selamba ‘Bisaya’ pegawai polis tersebut berhenti menaip sambil merenung wajah saya denga agak hairan dan bertanyakan sekali lagi, ‘Bangsa’..saya jawab ‘Bisaya’ dan agak kuat sedikit mungkin pegawai polis tersebut kurang jelas, selesai buat laporan tanpa berlengah dan memeriksa isi kandung surat aduan tersebut saya pun terus ke Pejabat Pendaftaran untuk membuat pengeluaran semula Sijil Lahir mengikut peraturan yang ditetapkan, setiba di kaunter pendaftaran saya pun menyerahkan surat adaun dan beberapa dokumen yang diperlukan, lebih kurang beberapa minit kemudian saya pun dipanggil untuk melengkapkan borang sambil diperhatikan oleh pegawai yang bertugas, pada masa itulah pegawai tersebut bersuara.. ‘kau ani Bisaya Beaufort bah kan’, ‘ya..kenapa kak’, ‘cuba kau liat laporan polis ani’, saya pun melihat laporan tersebut yang tertulis BANGSA VISAYA bukan BISAYA..cuba bayangkan kalau pegawai pendaftaran tersebut tidak prihatin atau pun kurang teliti?.. nasib baiklah pegawai pendaftaran tersebut dari daerah Beaufort berbangsa Brunei kalau pegawai yang bertugas sama dengan pegawai polis tersebut?Bukanlah mau marah dengan pegawai polis tersebut kerana tidak tau adanya Bisaya Sabah, tapi mau toleh belakang sekejap dimana silapnya Kita?...ini pengalaman saya, pengalaman anak-anak Bisaya yang lain?…biarpun kita ada pemimpin tertinggi dalam kepimpinan Negara, cukupkah untuk masyarakat Malaysia kenal bangsa Bisaya Sabah berbanding Visaya Filipina?..
..adalah sangat perlu orang-orang berkenaan ataupun orang-orang penting yang telah diberi mandat dan kepercayaan dalam persatuan AMT untuk membuat sesuatu yang boleh membawa kepada perubahan yang drastic bagi mencari kaedah dan idea-idea yang boleh menyumbang kearah kepentingan Bangsa Bisaya Sabah dari segala aspek bukan hanya menuggu Adau Janang Gayuh..salah satu contoh saya baru mengetahui adanya Pahlawan Wanita Bisaya yang itupun ditulis oleh saudara Abd.Nadin Hj.Shaiddin melalui blognya abdnadin.blog..terima kasih kepada saudara Abd.Nadin..Dalam dunia maya atau internet lah orang bilang kalau kita cari informasi mengenai Bangsa Bisaya Sabah memang payah hampir-hampir tidak ada kalau adapun informasi seperti wikipedia.org (Bisya Borneo) masih kurang dan bercampur aduk..Panjaram Bisaya traditional dessert? … why not mentioned food traditions bisaya original Ambuyat, errors by whom and where wrong? even though it does not see as how important, should be ignored without error correction?..bukan emosi tapi semangat kandu..ajau..monong panua..
..Jadi apa macam? kalau ada sebuah Drama ataupun Dokumentari yang difilemkan berkisar kepahlawanan dan adat resam Bangsa Bisaya Sabah menentang penjajah demi mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara dalam bahasa Bisaya…ulun Bisaya ramai yang ada bakat penulis, pelakon dan penyanyi..kalau ada uji bakat saya pun mau, jadi orang lalu lalang ataupun orang bergelimpangan mati dibunuh pun jadilah…
Buat filem? Satu cadangan yang tidak bernas? Cuma hanya angan-angan kosong yang mungkin dianggap entah apa-apa..kerana akan memakan belanja yang agak besar untuk menghasilkan sebuah filem..mungkin sudah cukup setakat ini usaha yang dibuat oleh PBBS untuk meletakan Bangsa Bisaya ini seiring dengan rakan-rakan kita dari suku kaum Bumiputera Brunei, Bajau (Kota Belud,Semporna), Kadazan-Dusun, Murut, Rungus, Lundayeh dll..ada sesetengah orang mengatakan PBBS ni hebat selalu dipuji rakan kita dari persatuan Suku-Suku yang lain kerana aktif dan bila membuat perayaan bertaraf ekslusif dibawah pimpinan Yang Dipertua PBBS DSP DR.Hj Lajim Hj Ukin,menunjukkan Bangsa Bisaya itu telah maju jauh kehadapan.. ..



Perayaan Adau Janang Gayuh

Janang Gayuh DSP Kolonel Dr.Hj Lajim Hj UkinYang DiPertua Persatuan Bisaya Bersatu Sabah

Walau macamanpun saya berasa bangga atas usaha Janang Gayuh dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah untuk mempromosikan Adu Janang Gayuh sebagai salah satu acara tahunan untuk tujuan tarikan pelancong atau produk pelancongan dan memperkenalkan budaya dan adat resam bangsa Bisaya yang makin hari makin dilupakan oleh peredaran zaman supaya lebih dikenali oleh masyarakat Bangsa Bisaya itu sendiri dan masyarakat Malaysia amnya… moga-moga berhasil dengan adanya AMT yang bijak-bijak dari segi politiknya untuk bersama-sama Janang Gayuh membangun dan memperkenalkan masyarakat Bangsa Bisaya Sabah di Malaysia sehingga peringkat global kalau boleh lah..jangan lah..ar..apa orang bilang menangguk di air yang keruh untuk merealisasikan agenda diri sendiri..harap-harap tiadalah..aru Datuk baru ogo makito rabas.. ‘nuanang batanding AMT pasal aru sonsong’,iti isa barapa mabalut kinongngowoan ..

Jadi akhirul gayad realisaikan kan moto ‘ Bersatau Tokou Tomidong’ ..

…. ini luahan rasa entah apa-apa anak Bisaya dengan bahasa yang merapu-rapu..sama da gayad ulun nagauk..tapi apa yang penting maksud sampai biar pun main bantai saja..dunia blogger dunia tanpa diskriminasi…pis..

Friday, December 4, 2009

Inan Tokou / Badan Kita




BADAN KITA LELAKI DAN WANITA DALAM BAHASA SUKU KAUM BISAYA SABAH
INAN TOKOU YUNAI JAN MAINAI SALALUM GIA ULUN BISAYA SABAH..


1. Kepala - Ulu, Rambut-O’bok
2. Wajah - Rabas:Dahi-Kadat, Mata-Mato, Telinga-talingo, Hidung-O’dong, Mulut-Kabang, Lidah-Dila, Gigi-Nipoan, Rahang, Pipi-Bingal,Dagu-Ajai
3. Leher-Liau, Tenggorokan-Lukum
4. Bahu-laliwa
5. Dada-Sadaan, Buah dada-Susu, Tulang rusuk-Tiagang
6. Pusar-Pusoad
7. Perut-Tinaie, Pinggul-Koatong
8. Organ seks...
9. Penis/Skrotum atau Klitoris/Vagina...
Kaki - Gakud:
10. Paha-Tobing
11. Lutut-O’tod
12. Betis-Gakud, tulang kering-Tulang Kala /To'noak
13. Pergelangan kaki- Longkoting
14. Telapak kaki- Palad Gakud, Tumit-Tunob, Jari kaki-Jari Gakud
Tangan – Kariam:
15. Lengan-Lo’ngon
16. Siku/sikut-Sikuu
17. Pergelangan tangan-Puun Longon
18. Telapak tangan – Palad Kariam, Jari tangan - jari kariam(Ibu jari-Indu jari, telunjuk-tanturu, tengah-Ta’nga, manis, kelingking-Kalingking

YAKIE






Tabung Juga laGi