بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Monday, December 21, 2009

Kenapa Jadi bloggers?..





Kenapa jadi bloggers?..

..kerana marah, tension, berkarya, mencari kenalan lelaki dan wanita, bisnis, hobi, protes, suka-suka,mau jadi glamour,diri tidak diendahkan oleh dunia, luar atau apa-apa saja?...
Satu soalan yang agak rumit untuk dijawab, bagi saya jadi bloggers saya bebas menyuarakan pendapat, pandang, berkongsi cerita, meluah rasa yang terpendam dengan gaya bahasa sendiri atau dengan cara yang mudah di faham dengan bahasa seharian di persekitaran tanpa ada sekatan dari sesiapa .. TANPA DISKRIMINASI di dunia maya, yang penting tidak menyentuh sensiviti kaum dan agama....tulis saja biar pun sesetengah orang anggap merapu dan entah apa-apa saja....Orang tua-tua ada cakap “ Bodoh-bodoh Pintar adalah lebih baik dari pintar-pintar bodoh ” ..
siapalah saya untuk memberi pandang, pendapat dan apa-apa saja kepada mereka yang lebih tinggi kedudukan dari pandangan masyarakat..“ Siapa yang mau dengar kita punya cakap kalau kita bukan dari kalang mereka .Mau bagi teguran, pendapat atau buat aduan dengan orang yang kita harapkan kirim salam lah Bro, Jadi cara yang terbaik melalui blogger untuk menyuarakan atau meluahkan apa yang terbuku di dalam hati .. kita punya blog kita punya suka biar semua orang tau ”.Kata salah seorang kawan bloggers...

Bagi ahli-ahli politik blog memudahakan mereka untuk dikenali masyarakat dengan memaparkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan..dan yang lebih penting lagi ialah mereka boleh menepis segala tuduhan-tuduhan yang dianggap berbaur fitnah oleh seteru mereka, jadi tidak hairan lah di Malaysia ini setiap ahli politik dari bawahan sehinggalah kepada yang paling atas masing-masing mempunyai blog sendiri…kalau yang belum ada tu..mmm..macam masih ketinggalan, sehingga ada ahli politik yang yang tidak sedar dikritik di blog-blog kerana masih pada politik kedai kopi, politik kedai kopi ni memang masih relevan tapi hanya kepada orang-orang lama yang nda berapa minat dengan internet saja bah,…” Manalah bah saya urang tau apa itu kompiutar, dulu-dulu mana ada ”, generasi baru hari ini lebih kepada dunia maya sebab lebih mudah dan telah menjadi budaya masa kini, memang pengaruhnya sangat besar ...

Lihat angin perubahan PRU12 bloggers memainkan peranan besar di Semenanjung lah. Sabah? Macam baru mau mula lah.. macam saya lah bah orang Bisaya cakap" sama da anak baru mi kodong" Seperti bayi yang baru meniarap maksudnya…..
.
… dalam dunia perniagaan? memang sangat mudah untuk berusurusan..ramai diantara bloggers di Malaysia yang kalau di tinjau peratusnya agak banyak kepada perniagaan (on line product) dengan pelbagai jenis bentuk perniagaan yang ada di dunia ni lah dalam dan luar negara, kalau pun tidak 100% perniagaan, dengan cara meyelitkan iklan produk di blog, cuma sebilanganya belum tentu kesahihannya,1 minggu boleh dapat sampai 4 angka (rm)..saya tidak cakap tipu cuma ragu-ragu dan teringat kes yang lalu-lau tu, kalau orang-orang Beaufort, Tenom, Papar, seluruh Sabah lah bah nda payah cakap semua sudah tau apa dia? apa jadi sekarang? Tinggal bayar hutang di bank...dulu pakai kereta besar, sekarang motor pun Tauke mau tarik, nda kah sadis namanya tu? Bikin sakit jiwa kalau mau fikir…Siapa suruh mau cepat kaya?..



...saya pun ada lah juga sisip-sisip iklan di blog saya ni..hehehe..untuk cover beli sigup bah dan cover hutang bank..saya punya dagangan ni betul-betul punya untuk lelaki dan wanita...

..tengok-tengok lah dulu mana tau berminat..


Akhirul kalam nda tau apa mau tulis lagi tiada sesiapa yang lebih memahami diri seseorang itu melainkan dirinya sendiri dan yang maha Esa..
..sallam kepada semua Blogers..pis...

No comments:

Tabung Juga laGi

The Arrivals By Noregaaa & Achenahr

Loading...