بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

klik gambar untuk lebih jelas..hehe.perasan


Biasanya seperti tahun-tahun yang sudah berbagai acara warna warni yang mengasyikan yang akan di buat untuk menyambut tahun baru dengan perbelanjaan yang agak besar.
Stadium, hotel-hotel, kelab malam dan dimana-mana tempat samada terbuka atau tertutup dengan pelbagai cara dan ragam untuk menyambut tahun baru ini .
Tepi pantai adalah tempat yang biasa jadi pilihan kebanyakan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan negeri Sabah ini khususnya untuk berkumpul bagi menyambut kedatangan tahun baru.
Letupan bunga api yang menceriakan suasana dengan sorakan orang ramai dan persembahan nyanyian dari artis-artis terkenal tanah air adalah acara yang tidak pernah ketinggalan menjadi satu kemestian dipersembahkan untuk memeriahkan sambutan malam tahun baru…

Keghairahan budaya menyambut tahun baru yang entah budaya ini dari mana, yang pastinya budaya ini bukan budaya asli masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Islam ternyata sangat melalaikan dan mengundang budaya social yang terlampau, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, amalan syirik dan khurafat terutamanya mandi tolak bala atau mandi buang sial yang masih belum terbendung oleh pihak berkuasa tempatan terutamanya Majlis Ugama Islam.
Sangat menghairankan tidak ada kaeadah yang berkesan untuk membendung budaya ini, budaya mandi tolak bala di kalangan masyarakt Islam biarpun hanya sebilangan kecil tapi impaknya sangat besar kepada masyarakat Islam itu sendiri. Banyak masa yang boleh di ambil bagi mengatur langkah-langkah untuk membendung perkara seumpama ini terus berlaku di kalangan Masyarakat Islam kerana ianya berlaku hanya setahun sekali kalau ia pun terlau sibuk melaksanakan perkara yang lebih utama..
Berapa ramai ibu bapa yang besengkang mata dan mencari ke hulu ke hilir mencari anak mereka yang keluar rumah tanpa di sedari?
Berapa ramai anak-anak remaja Islam yang mabuk meneguk montoko?
Perkara yang sangat merisaukan setiap ibu bapa, berapa ramai gadis yang hilang ke gadisan? Berapa banyak kes ragut? Pada malam Pesta Tahun baru...
Perbualan yang hangat dari forumer kedai kopi di awal tahun baru..
..Akhirul kata buatlah sesuat yang bermanafaat untuk mendapat redha Allah biar pun sedikit..
01/01/2010 jam 12.15am
seperti kebiasaan tepat jam 12am jelas kelihatan dari tempat saya tinggal letupan bunga api yangberwarna warni dari beberapa tempat Padang Bandaran Kota Kinabalu, Pantai Tg Aru, Padang Lumba Kuda Tg Aru dan Sutera Hobour.
Sayang nda dapat ambil gambar sebab kamera habis bateri lah pula..
Di jalanraya depan rumah saya ada beberapa orang terdiri dari orang-orang tua, remaja dan kanak -kanak yang melihat letupan bung api di udara bersalaman sambil mengucapkan 'Happy New Year' ..

No comments:

Tabung Juga laGi

The Arrivals By Noregaaa & Achenahr

Loading...