بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Sunday, May 16, 2010

SePak TakraW ?


Perlawanan akhir antara Pasukan Keningau Vs Sandakan Dalam Acara Berpasukan

Piala Presiden ASTAKA 2010


Perlawanan antara regu SUKMA vs Beaufort

Piala Presiden ASTAKA 2010



Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.



Sepak Takraw dipercayai berasal dari peramainan Cina iaitu Cuju bermaksud menendang bola. Ia terkenal di Malaysia dan Thailand pada tahun 1400. Ia dikenali sebagai ‘takraw’ dalam Thai. Dahulu ia dimain oleh pemuda dan kanak-kanak berdiri dalam bulatan dan menimbag bola bergiliran. Apabila bola itu terjatuh pusingan itu tamat. Pada 1740 peraturan-peraturannya dikenalkan.Kemudiannya ia dimain dengan jaring memisahkan dua pasukan itu. Pada 1933, permainan itu dimain di Negeri Sembilan, Malaysia.



Pada awal abad ke 20 permainan sepak raga semakin popular. Sepak raga jaring telah diperkenalkan selepas Perang Dunia II. Sepak raga jaring semakin popular di kalangan pelajar dan belia. Pada tahun 1965 nama Sepak Raga Jaring ditukar kepada Sepak T akraw yang mengabungkan perkataan Sepak (Malaysia) Takraw (Thailand - bola) oleh yang Berhormat En. Muhammad Khir Johari.


Beberapa petikan ringkas sejarah ataupun asal usul permainan sepak Takraw yang dipetik dari beberapa laman dan blog yang mana nyata permainan atau Sukan Sepak Takraw adalah antara salah satu warisan rakyat Malaysia yang harus kita pertahankan dan perkembangkan.


sebagai peminat dan pemain Sepak Takraw melihat perkembangan Sukan Sepak takraw di Malaysia ini sangat dukacita kerana Sukan Sepak takraw ini kurang popular dari sukan-sukan yang dipinjam,Biarpun Sepak takraw ini ada salah satu sukan yang unik berbanding dengan jenis sukan lain seolah-olah di anak tirikan berbanding dengan sukan yang lain biarpun sukan tersebut kurang memertabatkan atau menaikkan nama Malaysia dipersada sukan antarabangsa.


Kita lebih berbangga dengan sukan yang bukan milik kita biarpun kita menjadi pasukan negara yang paling tercorot di dunia berbanding dengan negara yang lebih kecil atau kurang membangun dari kita,dan kita tidak pernah kemana pun,,, seingat saya la,dan bukan sedikit modal yang telah dilaburkan.


Media masa dan elektronik pun kurang mempromosikan dan menyiarkan berita tentang kejohanan atau apa-apa berita tentang sepak takraw kalau ada pun cuma sedikit dan dipenghujung berita.Negara Thailand membuat pemilihan pemain kebangsaan pun di buat secara langsung melalui stesen TV ,di Malaysia kejohanan Sepak Takraw Dunia ada stesen TV yang sudi buat secara langsung?ada media masa yang membuat promosi? ,

PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) Persatuan-Persatuan Sepak Takraw Negeri , di Sabah (ASTAKA) kurang malah hampir tidak ada usaha yang dibuat untuk mempromosikan dan mempopularkan sukan ini di kalangan masyarakat selain menganjurkan kejohanan-kejohanan peringkat negeri maupun antarabangsa,,,,,seperti kejohanan baru-baru ini Piala Presiden ASTAKA 2010 saya hanya tau bila ada kawan tanya dimana kejohanan berlangsung kalau tidak saya tidak tau ada kejohanan yang sedang berlangsung,ini masalah tidak adanya promosi tentang kejohanan oleh ASTAKA Sabah.Melalui carian Google dan Yahoo Laman Web PSM tidak dapat dijumpai, ASTAKA Sabah lagi la,,sekurang kurangnya kalau tidak ada bajet mau buat yang berbayar buat la yang percuma Blogspot , Wordpress ataupun facebook yang paling mudah tempat untuk menyalurkan maklumat setiap perkembangan sukan sepak takraw di setiap peringkat dalam dan luar negeri,,

,,, malas mau tulis panjang panjang dan memang tidak ada idea yang baik-baik,, ,, saya bukan mau mengkritik tapi mau meluah rasa tidak puashati dengan apa yang berlaku dengan Sukan Sepak Takraw negara seperti apa yang dapat di lihat pada hari ini,,,,Pis,,for all SEPK TAKRAW fan,,









No comments:

Tabung Juga laGi

The Arrivals By Noregaaa & Achenahr

Loading...