بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Sunday, August 8, 2010

Sabah Sumber Minyak Dan Gas Tapi Negeri Yang Miskin ?


..Masih terdapat 16 ribu orang miskin tegar di sabah tertinggi di Malaysia yang berpendapatan di bawah RM540 sebulan. Untuk makluman umum, terdapat 3 kategori miskin yang disenaraikan iaitu mudah miskin (RM1500 ke bawah), miskin (RM900 ke bawah) dan miskin tegar (RM540 ke bawah).....tetapi ada lagi rakyat yang mendapat kurang RM300 sebulan...
Di dalam sebuah negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas...belum kira sumber lain, kayu balak, pertanian dan sebagainya..adalah negeri termiskin di Malaysia.., eja betul-betul..M.I.S.K.I.N..miskin...


disebabkan oleh ketidak stabilan politik masa lampau yang sentiasa bertukar tampuk pemerintahan..?Jawaban paling mudah dan simple ?...jadi kekayan Sabah ini di mana la? Siapa yang bantai? Siapa yang gasak?...dimana la sumber hasil itu semua? Buat pembangunan?..kalau di lihat pembangunan di Sabah ni apa la sangat yang mau di banggakan dan masih juga ketinggalan dari segi pembangunannya di antara negeri-negeri di Malaysia...


dari segi pembangunan antaranya jalanraya di bandaraya pun masih belum sempurna,..


...Tun Dr Mahathir semasa pembukaan kempen pilihanraya umum negeri Sabah pada tahun 1994 di Beaufort " Saya sebelum datang sini (Beaufort) sudah makan dan kenyang, tapi dalam perjalanan saya jadi lapar sebab jalanraya yang berlubang ", lebih kurang antara kata ucapan Tun ketika itu dengan di sambut ketawa dan tapukan gemuruh oleh orang-orang Beaufort ..dan sehingga ke hari ini jalanraya sejauh 80 kilometer lebih yang dilalui oleh Tun DR Mahathir yang menyebabkan perutnya bergetar menyebabkannya lapar, tidak ada apa-apa perubahan yang dilakukan dengan bermacam-macam alasan untuk menaik taraf supaya menjadi lebih baik sehingga ke hari ini, jalanraya ini adalah antara jalanraya utama yang meghubungkan Lawas, Brunei dan Labuan ke kota Kinabalu yang selayaknya telah di naik taraf menjadi lebuhraya...

yang ada cuma kerja menampal lubang saban bulan, bila berlubang tampal itu saja la..

tidak lupa jalanraya ini juga adalah jalan utama yang di lalui oleh tiga pemimpin besar negara pada hari ini ke kawasan mereka..


DSP DatuK Dr Hj Lajim Hj Okin

Tim.Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Malaysia

Ahli Parlimen 177 Beaufort

Dato Sri Anifah Aman

Menteri Luar Malaysia

Ahli Palimen 176 Kimanis

Datuk Azizah Datuk Mohd Dun
Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

..


... kampung-kampung apatah lagi yang jauh di pedalaman ada jalan yang belum sempurna sejak merdeka sehinggala ke hari ini, ada kampung yang ada jalan seperti jalan kerbau, berdebu bila kemarau dan becak bila tiba musim hujan..

..api elektrik, paip air masih banyak kampung-kampung belum ada bekalan...















..diantara peminta simpati yang ada sekitar bandaraya Kota Kinabalu, adakah kah mereka ini mendapat bantu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ?..


...tentu ramai rakyat akan tetap ingat dengan kisah yang menyayat hati pelajar yang berusia 11 tahun, Donny John Duan yang membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya di Kg.Suangon, Kinarut Papar, Sabah..kerana malu bila diejek oleh kawan-kawannya kerana makan bubur yang disamakan dengan muntah anjing...sebelum dia menggantng dirinya dia meminta duit 20sen dari ibunya untuk membeli aiskrim, tapi ibunya Hina, memberitahu sedangkan 5sen pun dia tidak ada apa lagi 20sen..
mengikut keterangan Hina yang menghidap penyakit jantung dan thalassaemia, kalau dia mati , Donny, kurang lah beban ibunya dan makanan bahagiannaya boleh lah dibahagikan kepada adik beradiknya yang lain seramai lima orang....

....
akhirulnya saya pun tidak faham apa yang saya post ni , bemulanya kerana geram dengan kenaikan harga barang dengan secara mendadak bila tiba musim Ramadhan , bawang, ayam dan macam-macam lagi barang keperluan dapur naik harga... harga kuih makan di bazaar-bazaar rramdahan sudah pasti akan naik....
alih alih pasal minyak la pula ......kenaikan harga barang ini tidak dinafikan disebabkan kenaikan harga minyak dan gas baru-baru ini...minyak adalah nadi kepada seluruh rakyat Malaysia...
" aiya tauke apasal ayam pun naik harga?"
" macamana tidak naik itu kos angkat sudah naik ma"
" begitu ka?"
"ia lo"
" dia urang kasi naik kos angkat..kita pun kasi naik barang la, kalau tidak rugi wo,,untung bukan banyak"...
..
"kak ini peha ayam goreng berapa?"
"2 ringgit"
" ai itu hari bukan 1.50 saja ka?"
"ayam mahal bah sudah"
"mee ni pun kak kuarang, sikit la"
" gas naik"
&#@%$&&^**...
kuih dulu 4 biji rm1 sekarang kurang sebiji...
....









.. dari Sabah Kini.net ( di copy bah ni)


Oleh: TULUN TINARU

WAKIL Sabahkini.net di daerah Beluran setakat ini telah menemuramah 250 individu berkaitan dengan isu 'Minyak Sabah untuk Siapa?', 100% menjawab 'khasnya untuk Sabah'
Sabah mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar minyak dan gas asli yang terbesar bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara kerana medan minyak di Sabah masih mempunyai simpanan semasa (current crude oil and natural gas reserve) dianggarkan 1.4 billion tong (barrel) minyak dan 7.7 trillion Scf (standard cubic feet) gas cecair asli.
Kewujudan simpanan sebanyak ini membuktikan sebagai wajar untuk Petronas membangunkan perindustrian asas minyak dan gas kepunyaan Kerajaan negeri Sabah, selain memberi hak ekuiti carigali, pengeluaran dan pemasaran supaya Sabah benar-benar dapat menikmati hasil sumber asli nya sendiri.
Pada tahun 2008, Petronas adalah koporasi yang ke 95 terbesar di dunia dan ke 80 terbesar pada 2009 dan ke 8 teruntung di dunia dan nombor 1 di Asia. Perolehan kasar Petronas pada tahun 2009 mencecah 77 billion USD dan setelah ditolak kos penyembuhan, (cost recovery) mempunyai pendapatan bersih berjumlah 15 billion USD.
Adakah angka ini boleh dipercayai? Akan menjadi persoalan rakyat Sabah selama ini kerana berada dalam kegelapan mengenai Akta Minyak Petroleum yang tidak wujud atau belum dikuatkuasakan dalam undang-undang negeri Sabah, dan perjanjian pengambilalihan sumber minyak dan gas asli kepunyaan Sabah oleh Petronas telah dibuat secara tersembunyi.
Adalah dipercayai oleh rakyat Sabah bahawa 5 % royalti yang diterima Negeri Sabah adalah daripada sumber minyak sahaja dan tidak termasuk gas asli.
Petronas pada masa kini mempunyai kepentingan di dalam 31 buah Negara pada 2005, kumpulan Petronas terdiri daripada 103 buah anak Syarikat, 19 buah separuh pemilikan dan 57 buah syarikat berkepentingan, kesemua terlibat dalam aktiviti asas gas dan minyak.
Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar 290,000 tong minyak sehari. Bagaimanapun, Sabah (NEGARA) adalah sebuah negeri yang paling miskin dan paling mundur di Malaysia.
Pandangan dan nasihat Rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan Petronas agar melepaskan pegangan ke atas sumber minyak dan gas Sabah serta merestui kerajaan Negara Sabah untuk mengendali sumbernya sendiri dan sebaliknya menerima 5% royalti minyak dari Sabah.
Last Updated on Wednesday, 24 March 2010 23:32



















...

No comments:

Tabung Juga laGi