بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Saturday, October 2, 2010

Freemason..?

.. satu pergerakan yang begitu rahsia dan mungkin kita kurang malah mungkin juga tidak mau ambil tau daripada kita ambil tau perkembangan hiburan dalam dan luar negara...
...saya pada mulanya bila terbaca mengenaai apa yang dipanggil Pergerakan Freemasonry ini melalui majalah Mastika, ianya seperti cerita-cerita biasa yang tidak meninggalkan sebarang kesan apa-apa pun bila membacanya,..tapi bila baca berulang-ulang dan kerana keboringan tiada apa yang mau di buat dan di post di blog mula la mengoogle cari info yang menarik..dan hasilnya saya telah terjumpa satu dokumentary " The Arrival " yang berkaitan dengan Freemason...
...
The Arrivals is a documentary based on research work of Noreaga Productions. The Arrivals covers all the topics like Imam Mahdi, Freemasonry, Zionism, 911, Media Warfare, Mind Control, Jewish Magic, Music Sorcery, Dajjal, Anti-Christ,Proof from Holly Quran....
.. pun begitu masih kebingungan lagi ni belum faham,,,,, mungkin cukup sekadar kita tau betapa bahayanya Pergerakan Freemason ini kepada Agama, Bangsa dan Negara...
..Wallahuallam...


Lambang Freemason


Di sebuah biara yang jauh terpencil di perkampungan Scotlandia pada abad ke 14, kelihatan lima orang lelaki berkulit putih, berjanggut dan berpakaian lengkap seperti seorang pahlawan, sedang duduk bertekuk lutut menghadap seorang lelaki separuh umur, berjubah hitam yang sedang berdiri di hadapan mereka.

Kelima-lima lelaki itu menundukkan kepala mereka sambil mendengar penerangan dari lelaki berjubah hitam itu. Lelaki itu mundar mandir dan di belakangnya, terletak sebuah pedang di atas para yang diperbuat daripada kayu.

Setelah selesai memberi penerangan, lelaki itu kemudiannya mencapai pedang tersebut, lalu mengungkapkan ikrar taat setia, lalu dikuti oleh kelima-lima lelaki tersebut dengan lancar hingga selesai.

Lelaki berjubah hitam itu kemudiannya meletakkan pedang ke atas bahu kelima-lima lelaki dihadapannya, satu demi satu. Sebaik sahaja selesai, maka lelaki berjubah hitam itu meminta mereka bangun, lalu mengucapkan tahniah, memberitahu bahawa mereka kini, adalah sebahagian daripada saudara atau The Brotherhood yang dikenali dengan nama The Knight Templar.

Mereka ini adalah diantara pejuang-pejuang salibiyah yang dikatakan bersumpah mempertahankan bumi Palestin ketika era perang salib yang berlansung hampir 200 tahun lamanya.

Itu adalah sebahagian daripada gambaran upacara angkat sumpah para kestaria templar, pada peringkat awal penubuhan organisasi the Knight Templar. Dan pergerakan itu masih lagi wujud. Mungkin pada namanya yang berubah namun agenda dan misinya dikatakan tetap sama. Pergerakan yang dimaksudkan ialah Freemason.

Mungkin ramai diantara pembaca yang pernah mendengar nama tersebut, tetapi kebanyakannya mungkin hanya mendengarnya sekali imbas tanpa mengetahui latar belakang serta matlamat organisasi tersebut secara lebih mendalam.

Dan yang lebih menarik, mungkin ramai yang tidak tahu, cerita-cerita mitos serta misteri di sebalik gerakan yang dikatakan sudah mencecah usia 400 tahun dan masih wujud sehingga ke hari ini.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, Freemason secara umumnya diketahui sebagai sebuah organisasi sosial yang berasaskan persaudaraan di peringkat antarabangsa.

Dalam kajian para sarjana Barat terhadap pergerakan ini, mereka menemui beberapa fakta yang menimbul persoalan, bahawa Freemason merupakan sebuah organisasi terancang dan wujudnya satu agenda dalaman secara rahsia secara terselindung yang diwarisi sejak zaman Kesatria Templar lagi.

Hari ini, organisasi tersebut mendakwa mereka memiliki seramai lima juta anggota di seluruh dunia. Biarpun ia dilihat sebagai sebuah gerakan yang menjalankan kerja-kerja sosial secara sukarela, namun beberapa misteri dan mitos termasuk upacara ritual yang dilakukan oleh pergerakan ini yang bertentangan dengan pegangan agama samawi, menyebabkan beberapa gereja di barat termasuk ulama Islam melarang penganut masing-masing menjadi anggota gerakan ini.

Jadi, apakah agenda terselindung itu yang menyebabkan pergerakan Freemason ini diragui oleh ramai pihak? Apakah semua dakwaan tersebut sebenarnya hanya mitos dan lagenda semata-mata yang menyelubungi pergerakan ini, atau sememangnya pergerakan Freemason ini adalah sebuah organisasi terancang, bergerak secara rahsia dan yang digelar sebagai the secret society?

Terdapat sebahagian sarjana pengkaji sejarah di Barat yang berkeyakinan, pergerakan Freemason sebenarnya sudah pun wujud di Skotlandia seawal abad ke-14, sebaik sahaja anggota-anggota Kesatria Templar, yang dikatakan sebagai pengasas kepada pertubuhan ini ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.
Pada sekitar tahun 1717, pergerakan ini mula berkembang di benua Inggeris. Setelah berjaya memperluaskan pengaruhnya di benua tersebut, ia kemudian berjaya melebarkan sayap pengaruhnya ke negara Prancis dan akhirnya, ke seluruh benua Eropah.

Ada beberapa cendekiawan barat yang mengatakan bahawa pergerakan ini sebenarnya telah mula tersebar di benua Inggeris lebih awal dari tahun tersebut, iaitu pada tahun 1641. Golongan pengkaji sejarah di barat menjadikan catatan diari seorang kerabat diraja Inggeris yang bernama, Robert Moray, yang mengatakan, dia menjadi anggota rasmi Freemason di sekitar tahun 1641 di Edinburgh, London.

Selain itu, para sarjana barat turut menjadikan catatan diari seorang lagi kerabat diraja Inggeris, Elias Ashmole, sebagai bukti bagi menguatkan lagi hujah mereka, bahawa Freemason sebenarnya sudah bertapak di benua Inggeris pada seaswal abad ke 16 lagi.

Catatan diari Elias yang dipetik oleh Francis A. Yates di dalam bukunya yang berjudul The Rosicrucian Enlightement menyatakan kerabat diraja itu mencatitkan di dalam diarinya, bahawa pada 16 Oktiber 1646, dia secara rasminya telah menganggotai pergerakan Freemason di Lancashsire, England.

Pada 24 Jun 1717, secara rasminya pergerakan Freemason diiktiraf sebagai sebuah organisasi bertaraf antarabangsa. Pada tahun yang sama, Grand Lodge of England diwujudkan. Ketika penubuhan dewan Freemason tersebut, kesemua ahli Freemason yang bernaung di bawah Grand Lodge itu berjanji dan berikrar akan mengikut falsafah: Agama yang boleh diterima oleh semua manusia yang membawa maksud agama yang dipersetujui oleh semua manusia,...menjadi seorang manusia yang baik dan benar.

Apabila wujudnya Grand Lodge of England secara rasmi, maka pengaruh dan idealogi serta matlamat pergerakan ini semakin merebak dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat pula, dan berjaya menjadi salah sebuah organisasi yang kukuh dan berpengaruh di benua tersebut.

Buktinya, apabila presiden Amerika Syarikat yang pertama, George Washington, yang dilantik pada 30 April 1789 diketahui umum sebagai salah seorang anggota pergerakan Freemason.
Selain daripada presiden pertama Amerika Syarikat, beberapa orang individu penting dan berpengaruh seperti William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thorton, John Hancock, Philip Livinston dan beberapa orang lagi yang terlibat dalam perjanjian Deklarasi Kemerdekaan pada 4 Julai 1778 juga adalah anggota Freemason.

Kaitan antara tokoh-tokoh yang terlibat dengan Deklarasi Kemerdekaan 1778 itu dengan pergerakan Freemason turut dijadikan filem yang berjudul The National Treasure, lakonan Nicholas Cage.

Beberapa kajian yang dijalankan terhadap fakta-fakta sejarah pergerakan ini secara tidak langsung mengaitkan dengan kewujudan agenda rahsia dalam pergerakan ini yang sememangnya sudah cukup untuk menimbulkan pelbagai persoalan.

Antara agenda yang sering kali dikaitkan dsebagai salah satu agenda utama pergerakan ini ialah membina kembali kuil Haikal Sulaiman. Perkara ini terbongkar apabila ada diantara para sarjana barat yang mengkaji sejarah pergerakan Freemason ini mendakwa, bahwa pergerakan ini sebenarnya sudah wujud semenjak zaman kerajaan Nabi Sulaiman a.s. lagi.
Pergerakan ini kata mereka, terus berkembang sejak terbinanya kuil Haikal, atau The Solomon Temple dan ia bagaikan satu pusaka untuk diwarisi secara turun temurun, dari zaman ke zaman hingga ke hari ini.

Manakala, menurut Christopher Knight & Robert Lomas dalam bukunya yang berjudul The Hiram Key: Pharaohs, Freemasons and the Discovery of the Secret Scrolls of Jesus, pergerakan ini sebenarnya berasal dari ilham para pejuang salibiyah yang bertujuan menjaga dan memelihara Kuil Haikal atau The Solomon Temple itu.

Lantaran itu, tidak hairanlah apabila agenda dan misi rahsia untuk membina kembali kuil Haikal di Baitulmaqdis, yang didakwa betul-betul berada di atas tapak Masjil al Aqsa hari ini, seringkali dikaitkan dengan pergerakan ini.

Golongan dikatakan percaya, mereka perlu membina kembali kuil haikal di Baitulmaqdis di tapak runtuhan Dinding Ratapan, tempat ibadat kaum Yahudi di Israel, kerana mereka mempercayai disitulah tapak asal kuil Haikal tersebut.

Bukan itu sahaja, ada lagi beberapa misteri dan persoalan tentang gerakan ini, terutama dari sudut pemahaman dan falsafah pemikiran kumpulan ini yang dikatakan jauh tersasar dari akidah agama Kristian.

Di dalam sebuah buku yang berjudul Ancaman Global Freemason tulisan penulis Islam Turki, Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Okhtar mendedahkan, bahawa penyebaran fahaman materialis dan semua agama itu sama serta falsafah yang berdasarkan dewa-dewa kuno Mesir terdahulu, sememangnya sedang disebarkan oleh golongan ini kepada masyarakat.
Buku tersebut juga mendedahkan pergerakan ini mempunyai upacara ritual yang tersendiri. Upacara ritual ini pula sebenarnya merupakan upacara angkat sumpah yang diwarisi turun temurun daripada tradisi Kesatria Templar terdahulu.

Namun, beberapa fakta sejarah yang ditemui serta beberapa pengakuan dari mereka yang mendakwa ahli Freemason, membuatkan ada sesetengah pihak pemikir Barat pula meragui, apakah upacara tersebut benar-benar satu upacara angkat sumpah, atau ia sebenarnya upacara penyembahan terhadap dewa-dewa kunoMesir dan Rom, antaranya yang digelar Poisedon?.

Malah, dikatakan, upacara ini diadakan bagi anggota baru berikrar serta berjanji untuk taat setia kepada segala agenda pergerakan ini, sekaligus meletakkan matlamat pergerakan itu mengatasi perkara lain termasuk agama yang dianuti oleh ahli pergerakan tersebut.

Menurut penulis itu lagi, berdasarkan beberapa pengakuan ahli Freemason, pergerakan ini sebenarnya bukanlah sekadar satu pergerakan NGO biasa, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah pergerakan yang berteraskan ideologi agama universal dan bermatlamat untuk menyebarkan kepada masyarakat secara amnya.

Malah, melalui kitab Masonik, menerangkan wujudnya agenda untuk menyebarkan falsafah keagamaan bagi mewujudkan satu agama universal bagi semua manusia di dunia ini.
Antara ayat di dalam teks kitab Masonic itu bermaksud :

“Saat ini, sebuah agama universal sedang wujud, bergerak secara perlahan-lahan, sehingga dapat membangkitkan kesedaran akan hakikat yang sebenarnya…. Dengan agama universal ini, akan terbentuk moral yang sepadan dengan pandangan dunia…. Agama seperti ini akan menyatukan umat manusia dan alam semesta. Itulah MASONRY. Agama ini akan berhubung dari hati ke hati. Kuil agama ini kelak adalah kuil semua manusia.

Sebagaimana pada upacara-upacara Mithra, kita merayakan kelahiran ini dengan memakan roti dan meminum anggur merah. Di sini kita bersatu di dalam kepercayaan bersama yang mempunyai karakter persaudaraan komuniti. Di tahun baru, Saya ingin membaptiskan perjuangan suci kita ini dan mengakhirinya: Makanlah sepotong roti lagi, saudara-saudaraku, kalian adalah penyebar agama ini, biarlah semua orang suci yang berbagi roti ini menjadi teman. Saudara-saudaraku, untuk menjadi saudara sedarah, minumlah seteguk nyala lagi dari gelas anggur kalian. ( Mason, Tahun, 29, No. 40-41, 1981, hal. 105-107)”

Bagi melaksanakan penyebaran ideologi pergerakan ini, golongan Freemason dikatakan mula merencana plot-plot yang lebih tersusun dan disalurkan melalui pelbagai bidang termasuk dari sudut politik.

Selain itu, secara senyap-senyap, mereka juga didakwa menyebarkan fahaman yang digelar sebagai Masonic Ideologi ini melalui media massa, seni, sastera, filem, muzik dan apa sahaja bentuk hiburan yang boleh meraih populariti.

Pergerakan serta perencanaan ini dijalankan dengan penuh berhati-hati, secara rahsia dan bijaksana menyebabkan masyarkat dunia tidak menyedari, sedikit sebanyak mereka sebenarnya sudah mula terpengaruh dengan ideologi yang dibawa oleh kelompok ini. Salah satunya ialah pemikiran materialis dan juga pemahaman semua agama itu sama.

Kelompok itu percaya mereka tidak mampu untuk menghapuskan keyakinan dan kepercayaan terhadap agama samawi. Mereka sedar akan hakikat itu dan golongan ini tidak tergesa-gesa untuk tujuan itu sebaliknya bergerak secara perlahan dan teratur, biarpun ia memakan masa beratus-ratus tahun.

Salah seorang ahli pergerakan Freemason di Amerika mendedahkan bagaimana golongan ini menjalankan agenda rahsia mereka dalam usaha untuk mencapai matlamat pergerakan ini.
“Freemasonry bekerja dengan diam-diam, namun ini adalah kerja bagaikan sebuah sungai yang dalam, yang diam-diam mendorong menuju lautan.”

Manakala menurut majalah Voice yang diterbitkan oleh Lodge di Chicago mengatakan bahawa :
“Maka, secara diam-diam namun pasti dan berkesinambungan, Masonry akan mengisi pemikiran dan ideologi struktur sebahagian besar masyarakat manusia.”

Pergerakan ini tidak dapat dihidu oleh masyarakat kerana golongan ini bergerak bukan di atas bukan sebagai seorang anggota Freemason. Kelompok ini akan berada di tengah-tengah masyarakat, dengan kedudukan dan serta pengaruh yang berbeza-beza, namun mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu menyebarkan ideologi dan falsafah yang diterapkan kepada mereka melalui pergerakan itu.

Seorang bekas pemimpin pergerakan ini di Turki, Halil Mulkus, menjelaskan perkara ini dalam sebuah wawancara sebuah akhbar tempatan negara tersebut beberapa tahun yang lalu:
“Namun sebagaimana kita fahami, segala ideologi yang cuba diterapkan terhadp masyarakat oleh kelompok ini sebenarnya tidak lebih dari satu pembohongan semata-mata. Falsafah yang menjadi ideologi pergerakan ini sebenarnya berakar umbi daripada pemahaman serta kepercayaan dari pelbagai sumber termasuk mitos-mitos Mesir Kuno, Yunani Kuno, dan Kabbalah.

Mereka cuba untuk menyampai dan menyebarkan falsafah yang berdasarkan mitos ini kepada masyarkat dengan cara yang boleh diyakini oleh manusia termasuk dengan menggunakan ilmu sains dan logik akal. Sebenarnya, kelompok ini menipu diri sendiri, dan cuba untuk menipu orang lain. Dalam era globalisasi, inilah peranan ”Freemasonry Global”.

Buku tersebut mendedahkan, bermula dari kurun ke 18 dan ke 19, golongan ini cuba membangkitkan pelbagai persoalan tentang agama terutama dikalangan pengikut agam samawi bagi menimbulkan keraguan di dalam jiwa mereka melalui pelbagai corak pemikiran serta pemahaman ideologi. Antaranya ialah ideologi rasisme, fasisme, sekular dan juga komunis.
Malah golongan ini bertindak lebih jauh apabila menjadi penyokong kuat penyebaran idealogi Darwinisme yang mengatakan bahawa manusia itu berasal dari haiwan, yang secara jelas menolak wujudnya Tuhan dalam kehidupan manusia di dunia ini.

Sikap menolak kefahaman bertuhan sebenarnya merupakan punca berlakunya konflik perang, kekejaman, kelaparan dan pelbagai bencanan serta kemerosotan moral yang begitu teruk dan ketara, seperti yang kita saksikan hari ini, akibat daripada idealogi dan falsafah hidup yang menolak agama.

Dan pergerakan Freemason adalah antara yang menyokong dan mempelopor kebebasan beragama dan paganisme (menyembah berhala- samada berhala itu wujud dalam bentuk atau tidak) dengan menggunakan mitos dan kepercayaan nenek moyang mereka yang diwaris dari turun temurun sejak beratus, atau mungkin beribu tahun sebelum ini, mungkin kini sedang menimpa masyarakat dunia tanpa disedari.

Sebenarnya, ada lagi beberapa persoalan mengenai mitos dan kepercayaan yang dianuti oleh kelompok ini yang masih lagi menimbulkan tandatanya sehingga ke hari ini....


Dari Majalah Mastika

Sumber lain :

Pergerakan Freemasonry

Sumber lain...








Bookmark and Share


No comments:

Tabung Juga laGi

The Arrivals By Noregaaa & Achenahr

Loading...