بسم الله الرحمن الرحيم
..Antara paparan di Blog ini mungkin anda telah terbaca di mana2 blog lain,,Anda tidak diminta untuk percaya 100%,,Terpulang pada Anda untuk menilai mengikut kepercayaan masing2,,dAn,,minat dipersilakan BerKonGsi,,,,tidak,,, sila tinGGalkan ..MaaF yg terKuranG dan teR LeBih..tEriMa Kasih kerana suDi SinGgah...

Friday, July 29, 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011




Ym Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Bila tiba bulan ramadhan dan Syawal...saat yang paling kita nantikan ialah pengumuman tarikh mula puasa dan tarikh hari hari raya..dan setiap kita akan mendengar di TV atau radio pengumuman yang disampaikan YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Penyimpan Mohor Raja -Raja Malaysia yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh puasa, Hari Raya Aidilfitri dan juga Adidiladha...
Ahad ini kita tidak akan melihat dan mendengarnya lagi membuat pengumuman puasa 2011,,Engku Ibrahim yang berusia 79 tahun telah bersara setelah berkhidmat selama 22 tahun......


TARIKH DAN TEMPAT MELIHAT ANAK BULAN BAGI TAHUN 2011

Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. – BERNAMA

No comments:

Tabung Juga laGi

The Arrivals By Noregaaa & Achenahr

Loading...